Skip to main content

Salammusik 'Bisikan Sukma'

Pada 30/12/2022 yang lalu telah berlangsungnya showcase sempena pelancaran album studio ke-4  Salammusik iaitu 'Bisikan Sukma'. Showcase ini telah berlangsung di The Bees, Publika. Pelancaran tentang album mereka telah pun diwarwarkan dimedia cetak dan media elektronik.Bagi pembeli ticket early bird yang berharga RM79 akan mendapat kaset album terbaru mereka secara percuma.  Apa yang menariknya tentang album ke-4 Salammusik ini adalah, ianya dikeluarkan dalam format Kaset, (tidak pasti sama ada akan dikeluarkan dalam format CD atau pun tidak). 

Showcase bermula pada 8 malam dimana DJ Easy Baba Sounds memutarkan set lagu2 reggae pada malam itu dan kemudian Jay Tan pula mengambil alih pentas untuk set beliau. Selepas tamat kedua-dua set untuk guest artist tadi, Salammusik mula mengambil alih pentas. Lebih kurang 20 buah lagu yang dimainkan pada malam itu. 11 buah lagu dari album terbaru mereka dimainkan pada set malam itu, dan selebihnya adalah seleksi lagu-lagu yang dimainkan dari album pertama hinggalah album ketiga mereka.



Bercerita tentang album terbaru mereka, album ini terdahulu telah diriliskan di platform digital utama pada 20/12/2022, manakala untuk rilisan fizikal iaitu kaset pula diriliskan masa perlancaran album mereka. untuk versi digital ia mengandungi 19 buah lagu dimana ada 3 tambahan lagu versi persembahan live, iaitu lagu 'Berkah' (Live at Gemapelagu), 'Kuasa' (Gema Live), dan 'Aku Pelat' (acoustic) di Amsterdam. Manakala versi Analog kaset hanya mengandungi 16 buah lagu. Album ini bagi aku boleh disimpulkan sebagai kombinasi bunyian lagu-lagu dari album pertama hinggalah album ke tiga yang disatukan didalam album terbaru mereka ini. Kombinasi elemen bunyian traditional dan instrumen moden ini membuat musik mereka lain dari yang lain, bunyian yang boleh diklasifikasikan sebagai trademark  bunyian khas musik Salammusik. 

Bagi kaki digital korang bole cari album ni dekat platform digital utama, bagi kaki analog pula atau collector, korang boleh dapatkan album ni dekat website dorang salammusik.com 


Comments

Popular posts from this blog

Malaysia reggae era 1980an - 2000an

Musik reggae diMalaysia tidaklah besar, walaupun begitu musik ini masih lagi mempunyai kelompok peminat yang tersendiri. Era reggae pada tahun 1980'an adalah era permulaan musik reggae di Malaysia, walaupun tidak ramai pemuzik reggae ketika itu tetapi revolusi dalam penciptaan musik reggae di Malaysia agak kedepan. Kreativiti mereka menghasilkan dan mencampurkan beberapa jenisan musik antaranya dangdut dan rock yang diblend dengan musik reggae yang kemudiannya berjaya menghasilkan subgenre baru yang dipanggil Dangdut Reggae ataupun Reggae Dut. Tetapi subgenre ini tidak berkembang dan mati pada akhir 80an. Era 1990an pula menyaksikan musik reggae tempatan mula mendapat tempat daripada tempias ledakkan pemuzik-pemuzik reggae luar seperti Inner Circle,  Big Mountain, Aswad, Diana King dan beberapa nama lagi. Ketika itu lagu-lagu mereka diputarkan dicorong-corong radio dan syarikat rakaman pula membenarkan artist dan pemuzik reggae tempatan merakamkan album berkonsepkan pe

dR SAM Rasputin (siapa Rasputin) dan Abu Nawas 'reggae'...

dR SAM Rasputin adalah seorang penyanyi reggae yang berasal dari Malaysia.   Beliau adalah antara artist terawal yang merakamkan album reggae diMalaysia. Abu Nawas adalah debut album pertama yang diriliskan pada tahun 1983 dibawah syarikat rakaman Polygram yang mengandungi 10buah lagu dan diterbitkan Oleh M. Nasir dan M. Verapan. dR SAM adalah seorang yang unik ketika zamannya,  keunikkannya baik dari segi musik, pemakaian dan juga nama pentas yang digunakan. Ini kerana musik reggae ketika itu pada awal tahun 1980an bukanlah musik pilihan pendengar rakyat Malaysia, dimana ketika itu pendengar musik masih lagi didominasi dengan irama rock dan pop. Ditengah kerancakkan anak muda yang ghairah mahu membuat rock band, dR SAM memilih aliran musik reggae untuk didendangkan bagi pendengar musik Malaysia ketika itu. Penampilan beliau yang selalu mengenakan tri warna bendera Ethiopia yang bergitu sinonim dengan gerakkan rastafari dan musik reggae. Menambah keunikkan beliau. Nama pe

Poe X'klusif album solo pertama...

Poe nama yang tidak asing dan perlu diperkenalkan lagi didalam scene reggae Di Malaysia ini.  Merupakan pengasas dan pengerak utama komuniti reggae Di Malaysia yang diberi nama Malaysia International Reggae Society (MIRS) dimana komuniti ini saban tahun agak aktif menganjurkan acara-acara reggae baik dalam skala yang besar atau pun yang kecil. Poe telah menghasilkan lebih daripada 10buah album ketika bersama kumpulan Rampa dan secara solo. X'klusif adalah album debut solo pertama Poe yang diriliskan pada 11 Febuari 1991 selepas bubarnya kumpulan Rampa yang dianggotai Oleh Poe dann Zainal.  Album ini memakan masa selama 3 tahun untuk disiapkan iaitu bermula pada 8 febuari 1988 sehingga 8 Febuari 1991. Album ini juga diterbitkan seramai 4 orang penerbit yang terlibat dan 5 buah studio telah digunakan. Album ini memuatkan 10 buah lagi seperti kita takkan kenyang, marah lagi ke?, X'klusif, Lagi...lagi...lagi, Pesawat Gempurku, Tergelincir,  Dendam, Tangisan Pertama, Blue