Skip to main content

dR SAM Rasputin (siapa Rasputin) dan Abu Nawas 'reggae'...

dR SAM Rasputin adalah seorang penyanyi reggae yang berasal dari Malaysia.   Beliau adalah antara artist terawal yang merakamkan album reggae diMalaysia. Abu Nawas adalah debut album pertama yang diriliskan pada tahun 1983 dibawah syarikat rakaman Polygram yang mengandungi 10buah lagu dan diterbitkan Oleh M. Nasir dan M. Verapan.



dR SAM adalah seorang yang unik ketika zamannya,  keunikkannya baik dari segi musik, pemakaian dan juga nama pentas yang digunakan. Ini kerana musik reggae ketika itu pada awal tahun 1980an bukanlah musik pilihan pendengar rakyat Malaysia, dimana ketika itu pendengar musik masih lagi didominasi dengan irama rock dan pop. Ditengah kerancakkan anak muda yang ghairah mahu membuat rock band, dR SAM memilih aliran musik reggae untuk didendangkan bagi pendengar musik Malaysia ketika itu.

Penampilan beliau yang selalu mengenakan tri warna bendera Ethiopia yang bergitu sinonim dengan gerakkan rastafari dan musik reggae. Menambah keunikkan beliau.

Nama pentas yang digunakan pernah menimbulkan perdebatan umum kerana menggunakan dR (doktor) walaupun beliau bkn seorang dR.  Bagi sesetengah orang  dan aku sendiri memanggil beliau dengan nama  d.R SAM bukanlah DR (doktor) SAM kerana beliau menggunakan d(kecil) didepan bkn lah DR.  yang biasa diguna oleh Doktor. Nama Rasputin pula bila aku berbual dengan beliau, beliau menjelaskan nama itu adalah nama salah satu lagu Boney M yang  popular Ketika itu.



Mengenai nama Rasputin pula, Ada sesetengah orang mengatakan nama  Rasputin itu diambil sempena nama seorang pendeta gila Russia yang bernama Grigori Yefimovich Rasputin yang agak mirip dR SAM. Bila aku dibagi kesempatan bertemu beliau, aku ada bertanya perihal nama ini dan beliau menjelaskan nama Rasputin adalah nama tajuk lagu Boney M yang popular satu masa dahulu dipenghujung 70an dan diawal tahun 80an  Dan bukanlah nama pendeta Russia itu, dan kebetulan lirik lagu Rasputin yang dinyanyikan oleh Boney M berkisah tentang pendeta Russia tersebut.




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Malaysia reggae era 1980an - 2000an

Musik reggae diMalaysia tidaklah besar, walaupun begitu musik ini masih lagi mempunyai kelompok peminat yang tersendiri. Era reggae pada tahun 1980'an adalah era permulaan musik reggae di Malaysia, walaupun tidak ramai pemuzik reggae ketika itu tetapi revolusi dalam penciptaan musik reggae di Malaysia agak kedepan. Kreativiti mereka menghasilkan dan mencampurkan beberapa jenisan musik antaranya dangdut dan rock yang diblend dengan musik reggae yang kemudiannya berjaya menghasilkan subgenre baru yang dipanggil Dangdut Reggae ataupun Reggae Dut. Tetapi subgenre ini tidak berkembang dan mati pada akhir 80an. Era 1990an pula menyaksikan musik reggae tempatan mula mendapat tempat daripada tempias ledakkan pemuzik-pemuzik reggae luar seperti Inner Circle,  Big Mountain, Aswad, Diana King dan beberapa nama lagi. Ketika itu lagu-lagu mereka diputarkan dicorong-corong radio dan syarikat rakaman pula membenarkan artist dan pemuzik reggae tempatan merakamkan album berkonsepkan pe

Poe X'klusif album solo pertama...

Poe nama yang tidak asing dan perlu diperkenalkan lagi didalam scene reggae Di Malaysia ini.  Merupakan pengasas dan pengerak utama komuniti reggae Di Malaysia yang diberi nama Malaysia International Reggae Society (MIRS) dimana komuniti ini saban tahun agak aktif menganjurkan acara-acara reggae baik dalam skala yang besar atau pun yang kecil. Poe telah menghasilkan lebih daripada 10buah album ketika bersama kumpulan Rampa dan secara solo. X'klusif adalah album debut solo pertama Poe yang diriliskan pada 11 Febuari 1991 selepas bubarnya kumpulan Rampa yang dianggotai Oleh Poe dann Zainal.  Album ini memakan masa selama 3 tahun untuk disiapkan iaitu bermula pada 8 febuari 1988 sehingga 8 Febuari 1991. Album ini juga diterbitkan seramai 4 orang penerbit yang terlibat dan 5 buah studio telah digunakan. Album ini memuatkan 10 buah lagi seperti kita takkan kenyang, marah lagi ke?, X'klusif, Lagi...lagi...lagi, Pesawat Gempurku, Tergelincir,  Dendam, Tangisan Pertama, Blue