Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Musim reggae tahun 1994

Pada tahun 1994, reggae di Malaysia tengah berkembang dari segi penerimaan masyarakat dan syarikat rakaman. Poe, Shajiry adalah antara artist yang yang mengecapi kegemilangan pada tahun itu. Album 'Sahabat' oleh Poe diterima baik melalui single Saman (a la la la la tuk). Dimana lagu tersebut merupakan lagu saduran dari lagu Sweet a la la la long nyanyian kumpulan reggae Inner Circle. Dikatakan album 'sahabat' ini terjual lebih 500,000 unit. (statik angka jualan ini ditulis oleh sebuah akhbar tempatan).  Album 'sahabat' ini diterbitkan oleh Warner Music (Malaysia) pada tahun 1994 yang mengandungi 12 buah lagu. Manakala Shajiry seorang penyanyi, pelakon juga meriliskan sebuah album reggae pada tahun 1994 yang diterbitkan oleh PonyCanyon Entertainment.  Menurut Shajiry beliau bukanlah penyanyi reggae. Ketika merakamkan album itu musik reggae sedang diterima baik oleh masyarakat Malaysia dan beliau hanya menurut ikut kata penerbit album yang mahu ko

Wartawan hiburan dan reggae...

Hari ni aku membelek beberapa artikel lama berkenaan musik reggae dari keratan majalah dan surat Khabar diMalaysia. Artikel ini ditulis oleh wartawan-wartawan hiburan diMalaysia. Ada diantara mereka menulis dengan sangat baik mengenai fakta-fakta tentang reggae dan ada diantara mereka juga menulis tanpa melakukan research terlebih dahulu dan akibatnya fakta-fakta yang diberikan mengelirukan dan salah... Ada juga artikel yang menarik untuk dibaca antaranya pada tahun 2010 Surat Khabar The Star menulis tentang  'The World of Rastafarians'. Manakala artikel diatas terdapat beberapa kesalahan antaranya kumpulan reggae Inner Circle yang berasal dari Amerika, yang sebenarnya Inner Circle adalah band yang berasal dari Jamaica. Manakala album Poe yang berjudul 'Sahabat' sebenarnya dikeluarkan pada tahun 1994 bukanlah pada tahun 1980an seperti yang ditulis. Antara artikel yang popular ditulis dan masyarakat Malaysia faham dan tahu adalah tentang kematian Bob Marley

dR SAM Rasputin (siapa Rasputin) dan Abu Nawas 'reggae'...

dR SAM Rasputin adalah seorang penyanyi reggae yang berasal dari Malaysia.   Beliau adalah antara artist terawal yang merakamkan album reggae diMalaysia. Abu Nawas adalah debut album pertama yang diriliskan pada tahun 1983 dibawah syarikat rakaman Polygram yang mengandungi 10buah lagu dan diterbitkan Oleh M. Nasir dan M. Verapan. dR SAM adalah seorang yang unik ketika zamannya,  keunikkannya baik dari segi musik, pemakaian dan juga nama pentas yang digunakan. Ini kerana musik reggae ketika itu pada awal tahun 1980an bukanlah musik pilihan pendengar rakyat Malaysia, dimana ketika itu pendengar musik masih lagi didominasi dengan irama rock dan pop. Ditengah kerancakkan anak muda yang ghairah mahu membuat rock band, dR SAM memilih aliran musik reggae untuk didendangkan bagi pendengar musik Malaysia ketika itu. Penampilan beliau yang selalu mengenakan tri warna bendera Ethiopia yang bergitu sinonim dengan gerakkan rastafari dan musik reggae. Menambah keunikkan beliau. Nama pe

Malaysia reggae era 1980an - 2000an

Musik reggae diMalaysia tidaklah besar, walaupun begitu musik ini masih lagi mempunyai kelompok peminat yang tersendiri. Era reggae pada tahun 1980'an adalah era permulaan musik reggae di Malaysia, walaupun tidak ramai pemuzik reggae ketika itu tetapi revolusi dalam penciptaan musik reggae di Malaysia agak kedepan. Kreativiti mereka menghasilkan dan mencampurkan beberapa jenisan musik antaranya dangdut dan rock yang diblend dengan musik reggae yang kemudiannya berjaya menghasilkan subgenre baru yang dipanggil Dangdut Reggae ataupun Reggae Dut. Tetapi subgenre ini tidak berkembang dan mati pada akhir 80an. Era 1990an pula menyaksikan musik reggae tempatan mula mendapat tempat daripada tempias ledakkan pemuzik-pemuzik reggae luar seperti Inner Circle,  Big Mountain, Aswad, Diana King dan beberapa nama lagi. Ketika itu lagu-lagu mereka diputarkan dicorong-corong radio dan syarikat rakaman pula membenarkan artist dan pemuzik reggae tempatan merakamkan album berkonsepkan pe

Poe X'klusif album solo pertama...

Poe nama yang tidak asing dan perlu diperkenalkan lagi didalam scene reggae Di Malaysia ini.  Merupakan pengasas dan pengerak utama komuniti reggae Di Malaysia yang diberi nama Malaysia International Reggae Society (MIRS) dimana komuniti ini saban tahun agak aktif menganjurkan acara-acara reggae baik dalam skala yang besar atau pun yang kecil. Poe telah menghasilkan lebih daripada 10buah album ketika bersama kumpulan Rampa dan secara solo. X'klusif adalah album debut solo pertama Poe yang diriliskan pada 11 Febuari 1991 selepas bubarnya kumpulan Rampa yang dianggotai Oleh Poe dann Zainal.  Album ini memakan masa selama 3 tahun untuk disiapkan iaitu bermula pada 8 febuari 1988 sehingga 8 Febuari 1991. Album ini juga diterbitkan seramai 4 orang penerbit yang terlibat dan 5 buah studio telah digunakan. Album ini memuatkan 10 buah lagi seperti kita takkan kenyang, marah lagi ke?, X'klusif, Lagi...lagi...lagi, Pesawat Gempurku, Tergelincir,  Dendam, Tangisan Pertama, Blue