Skip to main content

Posts

Showing posts from 2023

Salammusik 'Bisikan Sukma'

Pada 30/12/2022 yang lalu telah berlangsungnya showcase sempena pelancaran album studio ke-4  Salammusik iaitu 'Bisikan Sukma'. Showcase ini telah berlangsung di The Bees, Publika. Pelancaran tentang album mereka telah pun diwarwarkan dimedia cetak dan media elektronik.Bagi pembeli ticket early bird yang berharga RM79 akan mendapat kaset album terbaru mereka secara percuma.  Apa yang menariknya tentang album ke-4 Salammusik ini adalah, ianya dikeluarkan dalam format Kaset, (tidak pasti sama ada akan dikeluarkan dalam format CD atau pun tidak).  S howcase bermula pada 8 malam dimana DJ Easy Baba Sounds memutarkan set lagu2 reggae pada malam itu dan kemudian Jay Tan pula mengambil alih pentas untuk set beliau. Selepas tamat kedua-dua set untuk guest artist tadi, Salammusik mula mengambil alih pentas. Lebih kurang 20 buah lagu yang dimainkan pada malam itu. 11 buah lagu dari album terbaru mereka dimainkan pada set malam itu, dan selebihnya adalah seleksi lagu-lagu yang dimainkan d