Skip to main content

Wartawan hiburan dan reggae...

Hari ni aku membelek beberapa artikel lama berkenaan musik reggae dari keratan majalah dan surat Khabar diMalaysia. Artikel ini ditulis oleh wartawan-wartawan hiburan diMalaysia. Ada diantara mereka menulis dengan sangat baik mengenai fakta-fakta tentang reggae dan ada diantara mereka juga menulis tanpa melakukan research terlebih dahulu dan akibatnya fakta-fakta yang diberikan mengelirukan dan salah...


Ada juga artikel yang menarik untuk dibaca antaranya pada tahun 2010 Surat Khabar The Star menulis tentang  'The World of Rastafarians'.


Manakala artikel diatas terdapat beberapa kesalahan antaranya kumpulan reggae Inner Circle yang berasal dari Amerika, yang sebenarnya Inner Circle adalah band yang berasal dari Jamaica. Manakala album Poe yang berjudul 'Sahabat' sebenarnya dikeluarkan pada tahun 1994 bukanlah pada tahun 1980an seperti yang ditulis.

Antara artikel yang popular ditulis dan masyarakat Malaysia faham dan tahu adalah tentang kematian Bob Marley yang dikatakan mati akibat penggunaan ganja. Kematian Bob Marley bukanlah disebabkan overdose Ganja tetapi adalah disebabkan Kanser. Penulisan begini sebenarnya memberi takrifan yang buruk tentang musik reggae lebih-lebih lagi jika ditulis didalam akhbar-akhbar tabloid dimana peratusan pembacanya lebih senang menghadam apa yang ditulis tadi.

Sepatutnya penulis-penulis ini melakukan sedikit homework dalam penulisan mereka. Kerana masyarakat diMalaysia senang mempercayai apa yang ditulis Di akhbar-akhbar ini. Tepuk dada tanya selera bradda... Salam...

Comments

Popular posts from this blog

dR SAM Rasputin (siapa Rasputin) dan Abu Nawas 'reggae'...

dR SAM Rasputin adalah seorang penyanyi reggae yang berasal dari Malaysia.   Beliau adalah antara artist terawal yang merakamkan album reggae diMalaysia. Abu Nawas adalah debut album pertama yang diriliskan pada tahun 1983 dibawah syarikat rakaman Polygram yang mengandungi 10buah lagu dan diterbitkan Oleh M. Nasir dan M. Verapan. dR SAM adalah seorang yang unik ketika zamannya,  keunikkannya baik dari segi musik, pemakaian dan juga nama pentas yang digunakan. Ini kerana musik reggae ketika itu pada awal tahun 1980an bukanlah musik pilihan pendengar rakyat Malaysia, dimana ketika itu pendengar musik masih lagi didominasi dengan irama rock dan pop. Ditengah kerancakkan anak muda yang ghairah mahu membuat rock band, dR SAM memilih aliran musik reggae untuk didendangkan bagi pendengar musik Malaysia ketika itu. Penampilan beliau yang selalu mengenakan tri warna bendera Ethiopia yang bergitu sinonim dengan gerakkan rastafari dan musik reggae. Menambah keunikkan bel...

Malaysia reggae era 1980an - 2000an

Musik reggae diMalaysia tidaklah besar, walaupun begitu musik ini masih lagi mempunyai kelompok peminat yang tersendiri. Era reggae pada tahun 1980'an adalah era permulaan musik reggae di Malaysia, walaupun tidak ramai pemuzik reggae ketika itu tetapi revolusi dalam penciptaan musik reggae di Malaysia agak kedepan. Kreativiti mereka menghasilkan dan mencampurkan beberapa jenisan musik antaranya dangdut dan rock yang diblend dengan musik reggae yang kemudiannya berjaya menghasilkan subgenre baru yang dipanggil Dangdut Reggae ataupun Reggae Dut. Tetapi subgenre ini tidak berkembang dan mati pada akhir 80an. Era 1990an pula menyaksikan musik reggae tempatan mula mendapat tempat daripada tempias ledakkan pemuzik-pemuzik reggae luar seperti Inner Circle,  Big Mountain, Aswad, Diana King dan beberapa nama lagi. Ketika itu lagu-lagu mereka diputarkan dicorong-corong radio dan syarikat rakaman pula membenarkan artist dan pemuzik reggae tempatan merakamkan album berkonsepkan pe...

Salammusik 'Bisikan Sukma'

Pada 30/12/2022 yang lalu telah berlangsungnya showcase sempena pelancaran album studio ke-4  Salammusik iaitu 'Bisikan Sukma'. Showcase ini telah berlangsung di The Bees, Publika. Pelancaran tentang album mereka telah pun diwarwarkan dimedia cetak dan media elektronik.Bagi pembeli ticket early bird yang berharga RM79 akan mendapat kaset album terbaru mereka secara percuma.  Apa yang menariknya tentang album ke-4 Salammusik ini adalah, ianya dikeluarkan dalam format Kaset, (tidak pasti sama ada akan dikeluarkan dalam format CD atau pun tidak).  S howcase bermula pada 8 malam dimana DJ Easy Baba Sounds memutarkan set lagu2 reggae pada malam itu dan kemudian Jay Tan pula mengambil alih pentas untuk set beliau. Selepas tamat kedua-dua set untuk guest artist tadi, Salammusik mula mengambil alih pentas. Lebih kurang 20 buah lagu yang dimainkan pada malam itu. 11 buah lagu dari album terbaru mereka dimainkan pada set malam itu, dan selebihnya adalah seleksi lagu-lagu yang dimai...