Skip to main content

Musim reggae tahun 1994

Pada tahun 1994, reggae di Malaysia tengah berkembang dari segi penerimaan masyarakat dan syarikat rakaman. Poe, Shajiry adalah antara artist yang yang mengecapi kegemilangan pada tahun itu.

Album 'Sahabat' oleh Poe diterima baik melalui single Saman (a la la la la tuk). Dimana lagu tersebut merupakan lagu saduran dari lagu Sweet a la la la long nyanyian kumpulan reggae Inner Circle. Dikatakan album 'sahabat' ini terjual lebih 500,000 unit. (statik angka jualan ini ditulis oleh sebuah akhbar tempatan). 



Album 'sahabat' ini diterbitkan oleh Warner Music (Malaysia) pada tahun 1994 yang mengandungi 12 buah lagu.

Manakala Shajiry seorang penyanyi, pelakon juga meriliskan sebuah album reggae pada tahun 1994 yang diterbitkan oleh PonyCanyon Entertainment.  Menurut Shajiry beliau bukanlah penyanyi reggae. Ketika merakamkan album itu musik reggae sedang diterima baik oleh masyarakat Malaysia dan beliau hanya menurut ikut kata penerbit album yang mahu konsep reggae dinyanyikan oleh Shajiry didalam album itu. Walaupun banyak lagu saduran didalam album ini,  tetapi lagu Orang Kita Menjadi hits. Dimana lagu ini merupakan lagu sendiri ciptaan Azmira.



Album Reggae Remix dR SAM juga diriliskan pada tahun 1994 oleh polygram records. Ini kerana penerimaan reggae ketika itu sedang dalam permintaan mahu didengar oleh masyarakat Malaysia pada ketika itu.


Lagu-lagu Inner Circle, Aswad, Big Mountain,  Diana King mula kedengaran dicorong-corong radio. Banyak rekod-rekod reggae dibawa masuk, Steel Pulse,  Third World, Ini Kamoze, DR Alban  dan beberapa lagi rekod artist ketika itu senang didapati.

Pada tahun 1990an juga menyaksikan beberapa lagi penyanyi dan band reggae yang wujud antaranya Republic of Brickfields... Ada diantaranya mereka bermain di gig-gig underground dan di kelab-kelab.

Comments

Popular posts from this blog

dR SAM Rasputin (siapa Rasputin) dan Abu Nawas 'reggae'...

dR SAM Rasputin adalah seorang penyanyi reggae yang berasal dari Malaysia.   Beliau adalah antara artist terawal yang merakamkan album reggae diMalaysia. Abu Nawas adalah debut album pertama yang diriliskan pada tahun 1983 dibawah syarikat rakaman Polygram yang mengandungi 10buah lagu dan diterbitkan Oleh M. Nasir dan M. Verapan. dR SAM adalah seorang yang unik ketika zamannya,  keunikkannya baik dari segi musik, pemakaian dan juga nama pentas yang digunakan. Ini kerana musik reggae ketika itu pada awal tahun 1980an bukanlah musik pilihan pendengar rakyat Malaysia, dimana ketika itu pendengar musik masih lagi didominasi dengan irama rock dan pop. Ditengah kerancakkan anak muda yang ghairah mahu membuat rock band, dR SAM memilih aliran musik reggae untuk didendangkan bagi pendengar musik Malaysia ketika itu. Penampilan beliau yang selalu mengenakan tri warna bendera Ethiopia yang bergitu sinonim dengan gerakkan rastafari dan musik reggae. Menambah keunikkan bel...

Malaysia reggae era 1980an - 2000an

Musik reggae diMalaysia tidaklah besar, walaupun begitu musik ini masih lagi mempunyai kelompok peminat yang tersendiri. Era reggae pada tahun 1980'an adalah era permulaan musik reggae di Malaysia, walaupun tidak ramai pemuzik reggae ketika itu tetapi revolusi dalam penciptaan musik reggae di Malaysia agak kedepan. Kreativiti mereka menghasilkan dan mencampurkan beberapa jenisan musik antaranya dangdut dan rock yang diblend dengan musik reggae yang kemudiannya berjaya menghasilkan subgenre baru yang dipanggil Dangdut Reggae ataupun Reggae Dut. Tetapi subgenre ini tidak berkembang dan mati pada akhir 80an. Era 1990an pula menyaksikan musik reggae tempatan mula mendapat tempat daripada tempias ledakkan pemuzik-pemuzik reggae luar seperti Inner Circle,  Big Mountain, Aswad, Diana King dan beberapa nama lagi. Ketika itu lagu-lagu mereka diputarkan dicorong-corong radio dan syarikat rakaman pula membenarkan artist dan pemuzik reggae tempatan merakamkan album berkonsepkan pe...

Salammusik 'Bisikan Sukma'

Pada 30/12/2022 yang lalu telah berlangsungnya showcase sempena pelancaran album studio ke-4  Salammusik iaitu 'Bisikan Sukma'. Showcase ini telah berlangsung di The Bees, Publika. Pelancaran tentang album mereka telah pun diwarwarkan dimedia cetak dan media elektronik.Bagi pembeli ticket early bird yang berharga RM79 akan mendapat kaset album terbaru mereka secara percuma.  Apa yang menariknya tentang album ke-4 Salammusik ini adalah, ianya dikeluarkan dalam format Kaset, (tidak pasti sama ada akan dikeluarkan dalam format CD atau pun tidak).  S howcase bermula pada 8 malam dimana DJ Easy Baba Sounds memutarkan set lagu2 reggae pada malam itu dan kemudian Jay Tan pula mengambil alih pentas untuk set beliau. Selepas tamat kedua-dua set untuk guest artist tadi, Salammusik mula mengambil alih pentas. Lebih kurang 20 buah lagu yang dimainkan pada malam itu. 11 buah lagu dari album terbaru mereka dimainkan pada set malam itu, dan selebihnya adalah seleksi lagu-lagu yang dimai...