Musik reggae diMalaysia tidaklah besar, walaupun begitu musik ini masih lagi mempunyai kelompok peminat yang tersendiri.
Era reggae pada tahun 1980'an adalah era permulaan musik reggae di Malaysia, walaupun tidak ramai pemuzik reggae ketika itu tetapi revolusi dalam penciptaan musik reggae di Malaysia agak kedepan. Kreativiti mereka menghasilkan dan mencampurkan beberapa jenisan musik antaranya dangdut dan rock yang diblend dengan musik reggae yang kemudiannya berjaya menghasilkan subgenre baru yang dipanggil Dangdut Reggae ataupun Reggae Dut. Tetapi subgenre ini tidak berkembang dan mati pada akhir 80an.
Era 1990an pula menyaksikan musik reggae tempatan mula mendapat tempat daripada tempias ledakkan pemuzik-pemuzik reggae luar seperti Inner Circle, Big Mountain, Aswad, Diana King dan beberapa nama lagi. Ketika itu lagu-lagu mereka diputarkan dicorong-corong radio dan syarikat rakaman pula membenarkan artist dan pemuzik reggae tempatan merakamkan album berkonsepkan penuh reggae. Jika pada tahun 80an dahulu artis reggae di Malaysia terpaksa menyelitkan 2-3 lagu berunsurkan pop, rock atau genre musik yang lain didalam album-album mereka sebagai syarat untuk rakaman. Tahun 1990an juga menyaksikan Muzik Ska mula dimainkan diMalaysia. DiMalaysia reggae dikenali dahulu sebelum musik Ska.
Memasuki era tahun 2000, musik ini terus berkembang walaupun golongan peminat musik reggae/ska ini minoriti. Penganjuran festival dan gig reggae/ska mula diadakan. Ada dari pemuzik-pemuzik ini melakukan tour di luar negara dan melakukan kolaborasi dengan pemuzik reggae antarabangsa didalam album mereka.
Musik reggae ini akan sentiasa terus berkembang mengikut peredaran zaman dan akan sentiasa melahirkan pemuzik dan peminat yang baru.
Musik reggae ini akan sentiasa terus berkembang mengikut peredaran zaman dan akan sentiasa melahirkan pemuzik dan peminat yang baru.
Comments
Post a Comment